Monday 26 November 2012


Mari menonton cerita ini...

MATLAMAT & OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

      Prasekolah merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.

            Matlamat Pendidikan prasekolah adalah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan ialah merangkumi aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial. Selain itu, menguasai kemahiran asas ialah kemahiran membaca, menulis dan menaakul. Kemahiran ini adalah kemahiran asas dalam pendidikan prasekolah yang juga dikenali sebagai 3M. Selain itu, memupuk sikap positif persediaan masuk ke sekolah rendah penting kerana kelas prasekolah juga adalah sebagai medium awal bagi memberikan kanak-kanak peluang, keseronokan dan melahirkan sikap positif untuk persediaan belajar di sekolah seterusnya memasuki tahun 1.

Saturday 24 November 2012

Aktiviti Membuat Topeng Muka Haiwan


Posted by PicasaMurid memakai topeng  yang dihasilkan sendiri
Kerja melukis sedang dilakukan oleh murid-murid

Kerja mewarna sedang dilakukan




Cara-cara Membuat Topeng Muka Haiwan


Bahan-bahan:



1.Manila kad (potong empat bahagian)
2.Getah gelang
3.Pensil warna
4.Gunting
5.Gam
6.Gambar muka haiwan (pelbagai)
7.Penebuk lubang.

Langkah-langkah:



1.Warnakan gambar muka haiwan mengikut kreativiti sendiri.
2.Guntingkan mengikut bentuk muka haiwan,tampal menggunakan gam atas manila kad yang telah dipotong.
3.Tebuk lubang dibahagian tepi telinga topeng.
4.Ikatkan getah gelang di lubang yang telah ditebuk.
5.Keringkan topeng sebelum dipakai.
6.Topeng telah siap sedia untuk dipakai.


Nyanyian: Bunyi Haiwan



Saya itik,
Quek..5x

Saya kucing,
Miau..5x

Saya lembu,
Moo..5x

Saya kambing,
Bek..5x

Kami bunyi,
(bunyi semua haiwan diatas secara serentak)

*Boleh ditukar dengan bunyi haiwan lain.

Semasa aktiviti nyanyian dijalankan murid-murid perlu memakai topeng haiwan dan membuat bunyi haiwan mengikut topeng masing-masing.
Aktiviti ini sangat menyeronokkan kanak-kanak... Kalau nak tahu, anda boleh mencubanya di kelas anda sendiri.

Haiwan Peliharaan

LEMBU (COW)

ITIK (DUCK)



KAMBING (GOAT)


Haiwan Peliharaan



KUCING (CAT)

"Telatah si comel ini menjadikan ia sebagai haiwan kesayangan kanak-kanak" 

ARNAB (RABBIT)


"Haiwan telinga besar ini amat digemari oleh kanak-kanak"