Monday 26 November 2012

MATLAMAT & OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

      Prasekolah merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.

            Matlamat Pendidikan prasekolah adalah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan ialah merangkumi aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial. Selain itu, menguasai kemahiran asas ialah kemahiran membaca, menulis dan menaakul. Kemahiran ini adalah kemahiran asas dalam pendidikan prasekolah yang juga dikenali sebagai 3M. Selain itu, memupuk sikap positif persediaan masuk ke sekolah rendah penting kerana kelas prasekolah juga adalah sebagai medium awal bagi memberikan kanak-kanak peluang, keseronokan dan melahirkan sikap positif untuk persediaan belajar di sekolah seterusnya memasuki tahun 1.

7 comments:

  1. Tahniah blog yg berinformasi dan ceria

    ReplyDelete
  2. Info yang berguna terutamanya bagi guru-guru yang bakal 'menyambut' kedatangan murid-murid prasekolah ini pada tahun hadapan. Tahniah, blog juga menarik...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas komen yang diberi.

    ReplyDelete
  4. Pengetahuan yang berguna untuk dikongsi bersama-sama rakan. Tahniah.

    ReplyDelete
  5. Blog yang menarik.. banyak info...tahniah

    ReplyDelete